Mengatur dan melaksanakan segala aktiviti kebajikan, ekonomi, kemasyarakatan, sukan dan rekreasi kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah.
Memupuk, memelihara dan mengeratkan lagi tali persaudaraan serta perpaduan antara kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah.
Melaksanakan aktiviti kebajikan yang difikirkan sesuai dan bermanafaat kepada kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah.
Menjalankan program dan aktiviti lain yang bersesuaian mengikut peredaran dan keperluan semasa kepada ahli.
Memberi bantuan kepada ahli yang ditimpa musibah, bencana, kurang berkemampuan, masalah kesihatan atau kematian mengikut kadar yang termampu dari semasa ke semasa.